Saturday, November 14, 2009

tergurisnya hati

hari ni aku pergi ke klinik di uthm, MA kat situ sahkan yang aku ada gastrik. tapi parents aku lansung tak tau. aku cume bitahu pada org yang aku sayang je, memang dia mara dan hari2 nasihatkan aku. tapi hari ni dan saat ni pada jam 6 ptg tadi bertarikh 14hb aku kene mara teruk2 sgt sampai aku rasa nak menangis dibuatnya. aku tau salah aku tapi apa yang perlu aku fikir dia buat mcm tu kat aku kerana dia sayang pada aku.

Thursday, October 29, 2009

sayangku






walaupun pertemuan kita semalam hanya untuk beberapa jam je, tapi ianya sgt bererti. kegembiraan yang kita kecapi tak ternilai harganya. rase sgt bersyukur sebab pergaulan masih terbatas. semoga pertemuan kita pertemuan yang dirahmati. i'allah kalo panjang jodoh kita kita tetap bersama.

Wednesday, October 28, 2009

doa pada yang berkasih


Tuhanku,
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia menjadi milikku,
Tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Dekatkanlah dirinya dengan diriku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi,

Tuhanku,
Jika dia ditakdirkan bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandangan mataku,
Luputkanlah dia daripada ingatkan,
Peliharakanlah daku daripada kekecewaan,
Berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke langit
Hilang bersama senja agar aku bisa bahagia,
Meskipun anpa dirinya,

Tuhanku,
Engkau gantikanlah yang telah hilang,
Tumbuhkanlah yang telah patah,
Walaupun iada yang sama dengan dirinya,
Ku pohon dan ku rayu pada-Mu yang satu,
Engkau hapuskanlah perasaan ini,
Seandainya dia tidak menyintai diriku,
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku,
Kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu ini,

Tetapi Tuhanku,
Seandainya dia telah ditakdirkan untukku,
Ku pohon agar Engkau sentiasa memperkuatkan cintanya,
Sebagaimana kuatnya aku menyintai dirinya,
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat,
Dengarlah rintihan hambaMu yang dhaif ini,
Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia dan akhirat
Menjurus aku ke arah kemaksiaan dan kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman supaya
aku dan dia sama-sama membina kesejahteraan hidup di jalan yang Engkau redhai,
Kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehah,
Kabulkanlah doaku ini….AMIN….


Monday, October 26, 2009

seindah percintaan



pertemuan kita pertemuan yang sangat tidak diduga. banyak cabaran dan dugaan yang kita tempuh untuk kita hidup bersama. kadang kala kita kena hadapi semua perkara ni dengan baik dan bijak, takut nanti cepat melatah dan jiwa memberontak. perpisahan kita berlaku memang untuk mendewasakan kita. percayalah atas segala takdir yang berlaku supaya kita lebih mendapat petunjuk dari allah.